Setelah sebulan berpuasa, menahan segala makan minum dan bukan itu saja, malah menahan diri untuk melakukan perkara yang sia-sia. Fuhh payah juga jika kita renung-renungkannya.
Selama bulan puasa ni, haa biasalah tipulah kalau aku kata aku puasa penuh. hee perempuan, maklumlah nyahh :P
Sekarang ni, cuti sekolah sudah pun tiba. Jumaat ni hari raya. sangat pantas masa berlalu. kadang-kadang tu aku rasa macam tak percaya tinggal berapa bulan sahaja lagi untuk aku meninggalkan kiaramas. bila aku pikirkan balik, wahh rindu sangat-sangat. banyak pengalaman suka dan duka. okay dah dah habis disitu.
Tahun ni pun aku rasa bukanlah antara tahun yang terbaik sebab aku rasa aku masih banyak buat dosa dekat kedua orang tuaku, adik-beradikku, rakan-rakanku dan guru-guruku.
aku menyusun sepuluh jari atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. biasalah, manusia tak lari dari kesilapan. kalau boleh taknak langsung sakitkan hati orang, tapi nak buat macam mana kan?
Pecubaan SPM pada 27hb ni. hmm aku tak tahu macam mana persediaan aku sekarang ni. aku keliru. kenapa banyak sangat benda yang menggangu bila aku hendak menumpu sedangkan aku sudah mula menanam semangat yang tinggi bila nak study. tuhan, kuatkan semangat aku :(
Tahun ni, macam biasalah raya dekat Teluk Intan. Pagi raya lepas sembahyang raya baru kami sekeluarga gerak. sebabnya keluarga along akan datang dulu dekat rumah aku, bermaafan, barulah kami sekeluarga pulang ke desa. Teringat akan zaman kanak-kanak dahulu. pulang ke kampung je mesti main bunga api. rayalah dengan sepupu2. hee satu kampung aku round. semata-mata untuk mendapatkan duit raya yang banyak. hahahaha kelakar-kelakar. tapi semua tu sudah pun dalam kenangan. bila balik sekarang, dah matang haha melepak dalam rumah jela sembang2 seperti orang dewasa ha-ha kepoyooan terserlah.
Semoga nanti semasa dalam perjalanan kami sekeluarga selamat, Amin.
So, bagi semua umat islam diluar sana, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin :)